OBJEKTIF
Memberi sokongan terhadap usaha-usaha pembangunan serta program-program transformasi kerajaan di samping menyediakan peluang pekerjaan terutamanya kepada bekas-bekas anggota polis dan tentera. Sehubungan dengan ini, kami telah menggubal Visi dan Misi syarikat yang spesifik bagi pencapaian objektif.
VISI KORPORAT
Syarikat ARROW GUARDS SDN BHD beraspirasi untuk menjadi sebuah organisasi terkemuka dalam menawarkan Perkhidmatan Kawalan Keselamatan di dalam Negara melalui:
KECEMERLANGAN KEPERCAYAAN KUALITI EFISIEN TEKNOLOGI TENAGA KERJA PENGURUSAN
MISI KORPORAT
Bagi mencapai Visi Korporat, Misi ARROW GUARDS SDN BHD memberi penekanan kepada:
· KECEMERLANGAN
Perkhidmatan tanpa keraguan dari kalangan pelanggan.
· KEPERCAYAAN
Organisasi yang dipercayai mampu menawarkan perkhidmatan kawalan keselamatan yang diharapkan.
· KUALITI
Memberi perkhidmatan yang berkualiti tanpa kompromi dengan apa-apa jua faktor lain.
· EFISIEN
Pantas memenuhi keperluan khas dalam keadaan yang berbeza
· TEKNOLOGI
Penggunaan sistem dan teknologi yang setimpal bagi mencapai matlamat.
· TENAGA KERJA
Penerapan kesedaran dan kefahaman di kalangan pekerja mengenai kepentingan perkhidmatan kawalan keselamatan serta latihan yang mantap.
· PENGURUSAN
Keprihatinan pengurusan terhadap keperluan pelanggan dan keperluan pekerja